Tadi aku naik flight dari Subang ke Alor Star.
Seberang seat aku ada seorang pakcik tua melayu yang dari awal aku naik dok senyum tengok aku. Aku agak muka aku ada cahaya Nur. Ya la dah 50k Subscriber an..
Tiba-tiba pakcik ni minta tolong aku perbetui aircond dia. Aku pun tolong. Terus dia buka topic "Kedah balik tang mana?" Aku pun cerita la. Dia tanya lagi taman fasa berapa disambung dgn rumah dia dkt mana, aku keja apa, bila balik KL balik? Tak boleh guna telefon noo?
Oleh kerana aku lemau. Aku nak tidur la. Pakcik ni bunyi lagi "dulu pakcik naik kapalterbang ni la pi acheh" aku pun angguk dgn wajah filthyfrank.
Punya boring pakcik ni dia panggil pramugari "ini kapalterbang dia punya penumpang tu berapa? Ada ka sampai 100?" Pramugari dgn wajah tak mengerti soalan ini diajukan dan terpaksa layan pun cakap la "74 ja pakcik". "Oo tak sampai 100 la no..dulu naik kapaiterbang macam ni jgk pi acheh". Tersenyum ala filthyfrank pramugari sambil pandang aku yg turut buat wajah sama.
20min kemudian aku cuba utk tidur. Aku buka mata aku boleh nampak sipi-sipi pakcik ni dok usha aku. Aku pun nak pastikan la betui ka dia usha aku. Ternyata tindakan aku silap. Memang dia usha aku. Terus dia attack "Rumah tang Kedah tu number dalam 500 ka 600?" Aku mcm biasa sopan santun jawab la.
Habis.
Dak tak habis lagi. Kali ni dia tanya harga tiket kapal terbang ni berapa. Aku cakap la harga aku. Dia bg tiket dia kat aku suruh tengok sat. "Anak la beli pakai komputer dia".
Aku tak boleh tiduq terus. Aku belek la majalah 'Malindo Magazine' yg diselit belakang seat flight ni.
Mukasurat 16 'How to avoid boredom on your flight' point number 3 'Talk to passenger beside you'.
Ah...sudah....